Aug 23, 2010

Contoh Bil dan Claim


Claim 1
(tgk tu, brother Surenthiran pun pilih MAA Takaful. Anda pula bila lagi?)


 Bil 1


 Bil 2

Apakah 36 Jenis Penyakit Kritikal Yang Dilindungi?

1. Penyakit Alzheimer / gangguan otak Degeneratif Organik yang tidak boleh sembuh
2. Anemia Aplastik
3. Meningetis Bakteria
4. Angioplasti Belon
5. Tumor Otak Beninga
6. buta
7. Pembedahan Otak
8. Kanser
9. Kardiomiopati
10. Penyakit Hati Kronik
11. Koma
12. Penyakit Paru-Paru Kronik
13. Pembedahan Pintasan Arteri Kronari
14. Ensefalitis
15. AIDS Dengan gejala Penuh
16. Hepatitis Virus Fulminan
17. Serangan Peyakit Jantung
18. Penggantian Injap Jantung
19. HIV disebabkan Pemindahan Darah
20. Kegagalan Buah Pinggang
21. Terapi Arteri Kronari
22. Pekak
23. Hilang Daya Pertuturan
24. Luka Terbakar Parah
25. Pemidahan Organ Utama
26. Penyakit Neuro Motor
27. Sklerosis Berbilang
28. Distrofi Otot
29. Jangkitan HIV Akibat Pekerjaan
30. Lumpuh
31. Penyakit Parkinson
32. Poliomielitis
33. Hipertensi Arteri Pulmunori Utama
34. Strok
35. Pembedahan Aorta
36. Penyakit Terminal

Aug 22, 2010

Aug 19, 2010

Produk Medical Card Terbaik

Medical Card MAA SMART MEDIC 100


- Medical Card yang menjamin kemasukan anda ke hospital dan menguruskan segala bil-bil perubatan 100%

- Gabungkan Kad Kesihatan Smart Medic 100 dengan Polisi MAA Takafulink Hayat/Pendidikan untuk mendapatkan perlindungan Komprehensif.

- Kad Kesihatan Smart Medic 100 MAA Takaful juga boleh dimiliki secara BERASINGAN iaitu STAND ALONE. Anda tidak perlu memiliki polisi takaful hayat, atau mungkin telah pun ada polisi hayat tanpa kad kesihatan. Jadi, MAA SMART MEDIC 100 adalah FLEKSIBLE untuk memenuhi cita-rasa, keperluan, serta bajet anda.

- TIADA KO-TAKAFUL atau perkongsian pembayaran untuk faedah hospital dan pesakit luar. Anda tidak perlu mengeluarkan RM 1000.00 - RM 3000.00 dari duit anda.

- Bilangan kemasukan ke hospital yang tinggi – sehingga 200 hari

- Melindungi anda TERUS, JELAS dan NYATA ke Usia 80 tahun

- Polisi adalah guaranteed renewal dan non cancellable (pembaharuan terjamin dan tidak terbatal). Anda boleh membatalkan polisi kad medikal sekiranya anda mahu, tetapi MAA Takaful tidak boleh membatalkan atau menafikan hak anda apabila anda ditimpa musibah. Bukankah ini baik untuk anda?

- Had seumur hidup yang tinggi – sehingga RM 600,000.00

- Perlindungan diseluruh dunia

- Caruman bulanan serendah RM 33.00 sebulan

- 95 panel hospital di seluruh Malaysia

- Pelepasan Cukai Pendapatan sehingga RM 3000.00

TERMA SIJIL TAK TERBATAL JELAS DI DALAM POLISI


JADUAL FAEDAH MEDICAL CARD MAA TAKAFUL

JADUAL BAYARAN BULANAN


JADUAL BAYARAN TAHUNAN






Aug 18, 2010

Produk MAA Takafulink Pendidikan


PELAN MAA TAKAFULINK PENDIDIKAN


1. Faedah Simpanan dan Pelaburan


- Memberikan pulangan yang tinggi untuk untuk menyediakan dana pelajaran anak anda.



- Dana pelaburan yang diluluskan oleh Syariah


- Hanya perlu mencarum serendah RM 50.00 sebulan untuk menikmati faedah ini


- Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa asalkan ada baki sebanyak RM 1,000.00


- Caruman boleh dihentikan untuk seketika sekiranya terdapat apa-apa masalah


- Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM 3,000.00




2. Faedah Perlindungan Asas




- Pampasan untuk kematian anak yang dilindungi


- Pampasan untuk hilang upaya keseluruhan dan kekal anak yang dilindungi


3. Faedah Khas Takafulink Pendidikan




- Ganjaran Pelajar Cemerlang SPM
  5A - RM 500.00
  8A - RM 1000.00


- Polisi takaful anak menjadi PERCUMA, anak menerima semua manfaat dan jumlah yang bakal diterima, sekiranya, pembayar (ayah/ibu/penjaga) meninggal dunia, hilang upaya atau menghadapi penyakit kritikal.


- Pampasan untuk 8 jenis penyakit kritikal Juvana




4. Faedah Perlindungan Tambahan




- Anda dibayar pampasan sekiranya anak anda menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal


- Elaun untuk penempatan anak di hospital, pembedahan dan pakar bius


- Membayar pampasan tambahan dan berganda untuk kematian dan kehilangan anggota badan anak akibat kemalangan


- Membayar elaun cuti sakit akibat kemalangan terhadap anak


- Membayar 10% dari jumlah perlindungan setiap tahun kepada anak yang hilang upaya kekal akibat kemalangan


- Manfaat Khairat kematian dan Upah Haji






Produk MAA Takafulink Hayat


PELAN MAA TAKAFULINK HAYAT


1. Faedah Simpanan dan Pelaburan


-Memberikan pulangan yang tinggi untuk caruman anda

-Dana pelaburan yang diluluskan oleh Syariah

-Hanya perlu mencarum serendah RM 50.00 sebulan untuk menikmati faedah ini

-Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa asalkan ada baki sebanyak RM 1,000.00
Caruman boleh dihentikan untuk seketika sekiranya terdapat apa-apa masalah

-Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM 7,000.00



2. Faedah Perlindungan Asas


-Pampasan untuk kematian peserta

-Pampasan untuk hilang upaya keseluruhan dan kekal



3. Faedah Perlindungan Tambahan


-Anda dibayar pampasan sekiranya menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal dan polisi takafulink menjadi percuma. (faedah simpanan, pelaburan dan perlindungan diteruskan tanpa perlu membayar apa-apa)

-Elaun untuk penempatan di hospital, pembedahan dan pakar bius

-Membayar pampasan tambahan dan berganda untuk kematian dan kehilangan anggota badan akibat kemalangan

-Membayar elaun cuti sakit akibat kemalangan

-Membayar 10% dari jumlah perlindungan setiap tahun kepada mangsa hilang upaya kekal akibat kemalangan

-Manfaat Khairat kematian dan Upah Haji



4. Faedah Khas Wanita


-Memberi pampasan untuk penyakit khas wanita

-Memberi elaun kelahiran bayi, pampasan untuk komplikasi kehamilan dan penyakit kongenital bayi

-Memberi pampasan kepada wanita senior yang telah hilang kebebasan atau keupayaan dalam menjalankan aktiviti seharian







Aug 17, 2010

Perbezaan Takaful dan Insurans

Perbezaan antara Takaful dan Insurans


Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:

1. Hukum

Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat insurans adalah haram.

2. Kontrak asas yang digunapakai

Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru’)

3. Kontrak-kontrak lain

Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)

4. Tanggung jawab pemegang polisi

Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi.

5. Saluran pelaburan

Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).

Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.

5. Perjalanan operasi

a. Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah.

b. Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan model Wakalah (agensi).

c. Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini.

d. Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai.

6. Aspek perundangan

Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996).

Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans. Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagi menjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul.

Sumber : http://ustazsaifudin.wordpress.com

Takaful, Ciri & Kepentingannya

DEFINISI TAKAFUL

‘Takaful’ ialah perkataan yang berasal dari bahasa Arab iaitu ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana ‘Takaful’ merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja ‘takafala’, maka ianya bererti ’saling menjamin, menjaga atau memelihara’.

Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep “Aqilah” yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu.

Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar (ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.

Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.


CIRI-CIRI TAKAFUL


•Sistem Islam

•Sumbangan Tabarru’

•Pelaburan Halal

•Majlis Pengawasan Syariah

•Tiada Unsur Riba

•Tiada Unsur Maisir (Judi)

•Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)

•Perkongsian Keuntungan (Al-Mudharabah)


KEPENTNGAN MENYERTAI SKIM TAKAFUL

Hadith Riwayat Bukhari : “ Tinggalkan anak-anak dan isteri-isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”

1. Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan

2. Jaminan Perlindungan Masa Depan Ahli Keluarga

3. Perancangan Pendidikan Anak-anak ke IPTA/S

4. Jaminan Menunaikan Fardhu Haji

5. Perlindungan untuk Penyakit Kritikal

6. Mendapat Manfaat Elaun Hospital

7. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah

8. Pengharaman Insurans Konvensional Menurut Fatwa Kebangsaan

9. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat

10. Bersih Zakat

11. Pengecualian Cukai sehingga RM 9,000.00

12. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)

13. Amal Jariah (Tabbaru'at) saling bantu-membantu

14. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia

15. Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat

Salam Perkenalan

Salam 1 Malaysia,


Misi saya adalah untuk menyebarkan maklumat takaful dan insurans kepada rakan-rakan, kenalan dan orang ramai. Saya amat yakin bahawa produk takaful dan insurans adalah sangat baik dan amat perlu dimiliki oleh semua insan.

Pada saya tiada produk kewangan yang seunik produk takaful dan insurans. Tiada produk kewangan lain yang sehebatnya. Tiada produk yang dapat membantu anda ketika dalam saat anda sangat memerlukan. Ia memberikan anda keyakinan dalam menjalankan aktiviti harian dan ketenangan bahawa anda dan keluarga telah dilindungi. Percayalah, ia memberikan anda suatu “kebebasan” untuk menumpukan seluruh perhatian terhadap tugas, ibadah dan tanggungjawab anda.

Namun, masih ramai yang was-was dan kurang yakin terhadap syarikat takaful dan insurans. Mungkin kerana kurang maklumat mengenai produk, produk yang terlalu banyak di pasaran, cerita yang tidak tepat dari rakan atau penjelasan agen yang mengelirukan. Oleh itu, mereka tidak mahu membazirkan wang titik peluh terhadap sesuatu yang mereka rasa merugikan.

Ramai juga yang menyertai skim takaful atau insurans tetapi tidak tahu apa yang mereka bayar dan faedah apa yang didapati. Tidak kurang juga yang tidak sedar apa yang dilindungi dan apa yang tidak. Maka, ramai yang tidak menuntut apa yang boleh dituntut dan ramai pula yang mahu menuntut apa yang tidak boleh dituntut.

Maka adalah menjadi tugas saya untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan, menyalurkan informasi, menguraikan kekusutan fikiran disamping menawarkan produk-produk MAA TAFAFUL / INSURANS yang hebat dan unggul kepada yang mencari. Yakinlah, produk-produk MAA TAKAFUL / INSURANS adalah unik serta memenuhi citarasa keperluan anda sekeluarga.

Terima kasih.

Sila SMS atau Emel untuk rundingan percuma dan servis yang terbaik.

Sila SMS atau Emel fakta berikut untuk quotation percuma:

Nama:
Tarikh lahir:
Pekerjaan:
Jantina:
Merokok (Y/T):
No H/P:
Alamat:
Bajet untuk takaful/insurans: